Wednesday, January 26, 2011

Andalah yang kami cari!

Punyala lama xhupadate blog. Almaklumla, penganggur plg busy ak skg ni. Pfft. Memandangkan BFF ak nk kawen, jadi knela heret ke hulur hilir, membantu die m'beli kasut. Dilema die is, nk beli kasut warna pink-soft pink or silver. Mana nak dapat tu pah bedah oii?? ya Allah, penat tau ak dok keliling sunway pyramid-midvalley-sunway pyramid ni. Ok, tp sbnrnye entri arini bknla sbb nk cite psl ni. Cite sbnrnye is.....

Voting untuk "What' Hot is Getting Hotter" punye contest da start! :D yeeaayy!! Big applause for CST Production and Lynda Rahim Kuala Lumpur sbb berjaya buat voting page ni. hehe. kesian dorg, ade 163 entries kene handle wokeh! Senak perut mak nak..Well, fyi before ni ak ade post entri for My Dreams Love Story. Ha, tunggu punya tunggu, akhirnye smlm baru dorg 'release' the voting page. Selepas melayankan karenah akak ak (k.dya) n mak joyah yg bkl nk kawen tu (BFF ak), balik2 tu terus ak grab laptop! And ternyata, ak vote tuk diri sndiri dulu. EH? bole menang ke?? boleyy..sape kate xbole? Bak kate miss mawai, pegang pada rezeki and byk2 solat hajat. Hamboi, nk menang je baru solat hajat! Hehe. :P And utk menjayakan lagi contest ni, ak n miss mawai telah bergabung tenaga. (Collaboration itu penting ye utk menjalin n mengukuhkan ikatan sesama umat! ) Lagipun, ak nk video je while baju tu plak ak nak hadiahkan kat miss mawai n mr. kunyit! :) hadiah wokeh, so pasni miss mawai n mr. kunyit xleh tuntun hadiah ngn ktorg tau ;) Tapi...collaboration dgn miss mawai je xcukup! Ape yg saya mahukan, adalah anda! ye, andalah yang kami cari! :D *point to readers* Apa yg perlu anda lakukan ialah, cuma layari www.cstproduction.blogspot.com dan cari entri bernombor 47, kemudian klik button 'like'. Mudah saja bukan? :) Promosi ini akan berakhir pada 30hb Januari 2011. Jadi, ak hope sgt korg dpt membantu ak dlm mencapai impian bersama abg pendek! *blush* Namun, tiada paksaan kepada mereka yg tidak berkesempatan :) But if boleh, sempat2 kanla..

Dengan rasa penuh rendah diri, saya mengucapkan jutaan terima kasih to all voters. Ucapan di akhiri dengan, Undilah saya, Entri Bernombor 47. Anda mampu mengubahnya :D   



Saturday, January 15, 2011

Di Saat Kau Tiada Lagi...

Entri kali ni is rentetan dari cerita mimpi ak pg tadi..Dalam keadaan yg separa sedar, antara mimpi dan realiti..ak tgh menangis! Dalam mimpi tu, ak kat kampung bersama semua ahli keluarga ak. Mak, abah, abang, kakak, adik lelaki ak dan...seorang budak kecik yg tgh terlantar di atas katil. Ak pelik, budak kecik yg tgh terlantar tu seakan nazak. ak manghampiri die, Subhanallah...adik bongsu ak!** ak terkejut. ak terkejut bkn pelik die ada dlm mimpi, tp ak terkejut knp die terlantar sakit? muka die..Subhanallah..sayu. die merenung ak. dan ak merenung die. dari mata die, ak faham yg die terseksa menahan kesakitan. Dalam hati ak, ak berdoa semoga die cepat di sembuhkan! 
Ya Allah, jikalau benar Engkau sedang mendengar doaku, ak sbg insan kerdil dengan rendah diri memohon kpd-Mu supaya sembuhkanlah penyakit adikku ya Allah. Ak benar2 menyayanginya ya Allah. Tapi andai benar Engkau lebih menyayanginya, maka Engkau ambil la dia. Ak tidak sanggup melihat dirinye terseksa ya Allah.
Jauh di sudut ati utk merelakan die pergi. Btw, cerita masih berkisar di kampung. ak n all d family members tgh b'siap2 utk blk Shah Alam, dgn niat nak hantar adik ke hospital. Dlm perjalanan, adik semakin nazak. sempat ak melihat matanya, seperti ingin menyampaikan sesuatu. Apa dia adik? Hati ak berbisik. Tibe-tiba, dengan tenang, satu tarikan nafas yg dalam, adik menghembuhkan nafasnya yang terakhir...Innalillah..adik ak da pergi! Dia da tak de! Subhanallah, hati ak menjerit menangis.
Eventually, ak bangun dr tido, and perasan yg ak sebenarnya tgh menangis tersedu-sedan. Dan realitinya, adik ak memang sudah tak de lg di dunia. 
Al-Fatihah buat arwah adik, Nurul Alia Bt Rashid yg sudah hampir genap 4 tahun pemergiannya. Eventho sedih tak terkata, tapi ak redha. Kerana adik telah di janjikan ditempat yg tertinggi di sisi Allah swt. InsyaAllah.

**adik bongsu : Nurul Alia Bt Rashid ialah adik bongsu kepada psgn Rashid Hussain (Abah) and Hafsah Bt Abdullah (Mak).

Cerita Di Sebalik Tabir: Masa ak tgh buat entri ni, ak still lg menangis, dek teringatkan arwah adik. Sayu je ase bile bukak cite psl die. Hmmmm...

P/S: For the next entry (InsyaAllah if ak ada masa xtra utk meng-blog) ak akn cerita kan kat korg sejarah kehidupan ak bersama arwah adik. Sejarah ini merupakan sejarah hitam pada ak, yg sampai skg ak sendiri tak bole lupakan. And even worst, ak tak bole maafkan diri ak sendiri!

Arwah adik dgn anak buah die, Alif Hail


Thursday, January 13, 2011

SYABAS!

Huh! Akhirnya i've got something to share wit u readers *sigh*

Bangun pg ak menonong p toilet. Biasala, melepaskan hajat yg terperam semalaman. But then, bkk2 paip.....
xde air! 
ya Allah, punyela frust :@ skg satu keje pn ak xbole buat. gosok gigi xbole, cuci muke xbole, berhadas pon xbole..mandi apatah lg?? Jadi, syabas la kpd SYABAS kerana membuatkan seluruh rakyat tempatan Seksyen 8, Shah Alam tak mandi! :D

Oleh kerana ketandusan air, maka, kita telan sajalah makanan yg ada tanpa memberus GIGI! *big grin*. Abg pendek syg sy lg tak?????

Photo Courtesy: Mr. Google

Moral of The Story: Lain kali, sila keluarkan notis ye cik abg SYABAS! Bolehlah kami seluruh rakyat jelata sediakan payung sebelum hujan.

Tuesday, January 11, 2011

3 Al-Kisah..

Ok, kisah pg ni xla hebat mne. But still ak nk tulis jgk! hehe. Ade 3 kisah btw.

Kisah 1

Bgn2 pagi ak terus gosok gigi grab lptop! Niat hati nk check FB je. Tup2 CST ada post psl satu blog ni. Ouh! Comel bdknye :) Irine Nadia Marcello. Fofular blogger rupenye die ni. (sorry la, ak ni blogger yg bru nk b'jinak2 so mmg xtau pe2 perkmbgn psl goblog) Tapi btol kte CSTp, lagu kat die ni mmg lyn. Ak dgr nangis kot! uh! Gembeng, ciwek btol. Tp mestla touching, da 2 hari abg pendek** majok. :( (aish, kes ak degil la. pe lg. if msuk court, mmg file kes ak plg byk!) mmm..Subahanallah, ak mencintainya..Subahanallah, ak menyayanginya..Dari ufuk timur, ke ufuk barat..

Eh, jiwang lbh ak ni! epppp!! *pukul tgn sndr* Ok, niat da menyimpang. Padahal td nk cte psl Irine Nadia Marcello. Ok, bkn nk kipas lbh, tp die mmg comel. Blog menarik! (bkn gne kipas da, gne aircond 5HP** lg). Ok, tu je cte psl die. T sambung lg k :) Click link kat bwk if nk view blog die :)

**abg pendek merujuk kepada Mohd Mawardy bin Abdullah (nama penuh), Ady Olla (nama glamor di laman sesawang atau social network), Mawar (nama popular di U), Ady (nama gelaran dikalangan rakan sekolah), Wak Eh (nama glamor dr family ak) dan D (penggunaan khas utk ak. hehe)
**HP = Horse Power

Kisah 2

Pagi2 lg henset ak da b'bunyi..owh, damn Ya Allah, sape plak kol ni?? number starts from 06******. Cuka Cuak. Takut2 fakulti kol, tnye pasal report. Ha, mampos die la ko azie! Ehem3!! *B'dehem dlu, basahkan tekak b4 angkat, sbb sore bru bgn tdo*

ak: Assalamualaikum (budget fakulti call pnye psl, bkn men baik. harammm pnye bdk!)
anonymous: k.ros!! k.ros ade x??
demmm..aeiry** rupenye!!
ak: weh! buat cuak je. ingt fac  call td. huh! ko nk pe?? Upin ipin xde sini.


cot..cet..cot..cet..sampaila satu part..


ak: eh u! bce la blog i! (hehe. xmalu promote blog sndr. eee...shame2!!) 
aeiry: KAHKAHKAHKAH!!
ak: hamboi2 ko, gelak sakan ko eh..mmhhh..pelik ak ade blog r tu!
aeiry: xbole ar u. mak I tgh gne computer.
ak: Ala, kacau daun la puan serry* ni. Kalah org IT meng-online! hehe..Ha, xpela meh bg I nme blog u. I follow..
aeiry: ok. sacred_dash_aeiry.
ak: ha?? dash??? dash tu cmne ek?? uh! ak lupe. *Tpuk dahi!*
aeiry: KAHKAHKAHKAH!! sengkang la u.
ak: demmm..sengkang tu ape plak?? oh ya Allah! ape tu?? ak try nk ingt ape simbol bende2 halah ni *tepuk dahi lg*
ak: tbe2 t'ingat! Tp nk double confirmkan dlu. uh, U! yg tanda tolak (-) tu ke????
aeiry: KAHKAHAKAH!! A'ah. U, u da lame xtaip eh??
ak: !@#$%^(!@#$%^

Moral of the story: Lain kali jgn gune hi-level language ngn ak bole?? Da la ak slow. Plak tu, da lame xgne simbol2 punctuation mark ni. @#$%^()

**aeiry = kwn ak dr U lg. die umpama ak. ak umpama die. saling bergantung hidup! hehe.
** Puan Serry = nama glamor mak die.

Kisah 3


>.<
Tau knp ak buat muke cm2?? Sbb....ak da lupe! Arghhhh...byk sgt bende nk tulis td! :((

P/S: Ha, ksh ni ak tau xde sape bce lg. Tp...credit to Dayah cuz follow! hehe. kisah cte ni khas tuk awk. sbb awk sorg je follower kte! hehe :D Happy Reading :)

Monday, January 10, 2011

My Dreams Love Story

Huaarrgghhhh!! Bangun2 tido, check fb..n tersergam megah CST Production + Lynda Rahim buat competition “What’s Hot is Getting Hotter” dekat news feed. Fuh! Gegel bce sebab excited. First of all, memang dream ak nak abadikan kisah cinta ak dalam video macam Cik Mawai & En Kunyit. Owh, romantis *shy-shy cat*


Owh ya, like this bebeh!
*
*
*
Tapi…masalahnye..ak sendiri tak pandai mengarang cerita! Selalunya org yg pndai mengarang adalah org yg pendiam tapi berimaginasi tinggi tak pun kurang berimaginasi tapi byk cakap. Tapi ak lain? Spesis kurang berimaginasi dan kurang bercakap. Dah la BM pun dapat D B..urgh, stress!




Tp apakan daya, utk mencapai angan-angan mak jenin, ak sanggup sahut cabaran Encik CST Production and Cik Lynda Rahim.J Utk contest ni, ak da pilih tajuk no.2, My Dreams Love Story.



baca sambil layan lagu ni :)


Cinta Idaman versi Golongan Kanak-kanak

Dari kecik, ak memang impikan lelaki yg tinggi, kacak, bergaya, berkualiti, bermutu..keunggulan. Lupe nk tambah satu lagi, anak putera raja, yg siap naik kuda! Hehe..Budak perempuan mana yg tak impikan lelaki yg ada ciri2 tu. Uh, ok, google2 jumpe satu picture yg btol2 menepati citarasa! Ouch!

 
Ok, lebih kurang cmni la *faint*

Bila da ade kualiti, gaya, mutu dan keunggulan, orgnye pn mestilah romantis, lembut budi bicara..sekali bicara, pompuan da cair. Sinar pandangan pun bole buat hati berkecamuk. *uhh..cair sekejap* Kiranya, zaman percintaan nak indah2 belaka haje. Tp itu dlu, zmn bdk hingusan..


Cinta Idaman versi Golongan Remaja

Bila da mningkat remaja, citarasa ada sikit berubah. This time nk yg budak nakal2 sikit, popular, tapi romantis, setia, hormat org tua dan memahami. Tapi, ak still nk yg tinggi (ye tinggi, sbb sy tinggi). Tapi time remaja, tak de sape plak yg nak. Semua calon2 yg dtg kurang ketinggian *sigh*


Namun, semua berubah bila ak meningkat dewasa. Bermula la satu kisah, masa tu tahun 2005, ak lanjutkan pelajaran di UTeM, Melaka.

First kuliah, ak pun masuk ngn segan silunye. Kelas tu mula2 agak bosan, senyap je. Dlm senyap2 kelas ak tu, tibe2 lecturer tanye, ‘Kelas kamu akan dapat pelajar baru dari Indonesia ye?’ ktorg smue terpinga2. Mane plak nak datang budak indon ni. Btw, that time UTeM@KUTKM tak popular sampai ke Indonesia lg. Therefore, pelajar semua fresh2 from Malaysia je.

Nak jadikan cite, besok paginye ‘budak indon’ ni pun masuk kelas. Tengok muke. Eh, ni betol2 indon mari ni? Ouh! Tak tahan tengok seluar kembang semangkuknya, and siap beg p shoppin’ yg tak tahan tu. Kalah pompuan! Mulut pulak, hamboiii, tak leh lawan cik kiah canang cite satu kampung. Tapi rupe-rupenye setelah disiasat, budak ni memang bukanla budak Indonesia. Budak Malaysia je. Lecturer dapat salah informasi. Adeh, spoil je.



Ni la budak yg khabarnya dari Indonesia tu. Aha, siap pakai topeng bagai..

Nak dijadikan cite, ak memang tak suke, benci sgt ngn die ni.  Annoy je memanjang. Unmatured. Dalam kelas sgtla bising sampai ganggu konsentrasi budak2 kelas. Die ni ak kategorikan budak Setan II la senang cite. Penahkan sampai lecturer menangis sebabkan perangai die je! Huh, mmg blaja tak berkat la gamaknya. Ktorg tak penah bercakap, even pandang die pn ak tak sudi! *tak sudi memandang, tidak mengapa…bg song – Jamal Abdillah*  Bile dgr suara die je dalam kelas tu, ak akan sure pandang belakang and jeling kat die. Ingat nak takutkan die, tapi boleh plak die tersengih cam kerang busuk. Tak makan saman orang tua-tua kata.

Tapi lain pulak citenye, beberapa hari berikutnya, ak jumpe die kat kedai makan. Die dgn kwn die. Ak terpandang. Trying not to look snobbish, ak pn tersenyum. Tersenyum?? Ah lantak, bkn die perasan kot!

Tak tamat smpi situ, die tibe-tibe berani pulak mintak number phone from a friend, Hariza Musa @ Aeiry.  Berani kau ye?! Ada hati. Tapi nasib baik, tak adela pulak die kacau2. Buat pekasam agaknye number tu. Hehe. Akhirnya, masuk semester ke 3, baru ak mula ckp ngn die. Tapi knp, knp?? After sekian lama? Sebab tiba-tiba ada pulak projek yg ak kene group ngn die. Urgh! Tension nk hadap muke die lg. But then, bile die mula ajak borak, ak ase die ni not bad gak. Kelakar! Ye, die mmg sgt kelakar. Die tak penah fail buat org gelak pun.



Ha, tak loya kelakar tgk gambar ni??

Persahabatan berlaku selama setahun lebih. Ak mmg anggap die tak lebih dari seorang kwn sebab that time ak sndiri da ade bf. Bile ada problem je, ak rujuk kat die. Ktorg akan bermesyuarah dan bermuafakat cari penyelesaian kpd masalah cinta ak ni. Dek kerana ketakmatangan die, ak slalu terfikir, cmne la die dgn gf die pulak. Dala pelawak, byk ckp plak tu. Kesian ak dgn gf die. But dalam hal selesaikan masalah negara, no doubt, die memang rasional dan matang.

Tup2, masuk tahun ke-3 ak kat U, ak putus cinta! Deng! Apa lg, ak rujuk la dgn si ‘budak indon’ ni iaitu merangkap Dr. Love ak jugak. Pum pang pum pang bercerita, ak pun ok. Ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di siang hari. 2 months later, die plak putus! Dipendekkan lagi cite, bile da dua-dua single, ktorg pun ape lg. Macam belangkas. Makan, lepak, shopping, jamming, karaoke mesti berdua! Sampaikan kdg-kdg org cakap ktorg couple! Dlm hati ak,  simpang malaikat 44. Yela, da elok2 planning ak nak cari laki idaman (ciri-ciri yg da dinyatakan di ats), takkan die pulak kan ciri-ciri yg bertentangan ngn ciri lelaki idaman ak? *ponder*


Cinta Idaman versi Golongan Dewasa

Nak dijadikan cite lagi, oleh kerana da selalu sgt berkepit, ak terjatuh hati kat die. Deng! Mula la berpikir. Ya Allah…ak nak laki idaman (seperti di atas), tapi…. Aha, itula dia kuasa Tuhan. Takde sape yg dapat menghalang. Tiba-tiba, satu mlm, ktorg bermesej2. And die ckp die suke ak! Yippie!! :D Sebab ak pun suke die. Ouch! *blushing* ehehe. Rupenye, selama ni die memendam perasaan kat ak. Selalu curi-curi pandang ak waktu kuliah. The first time ktorg jumpe kat kdai makan tu pun, die da suke sangat. Dan paling buat ak tak tahan, perangai annoying die dalam kelas, rupenya sebab nak tarik perhatian ak. (Strategi yg kurang berjaya pada mulanya). Walaupun die tau ak da berpunya, die tak pernah berniat untuk merampas ak waktu tu. Cumanya die percaya, that one day, if die bersabar menunggu dan ada jodoh, ak akan tetap menjadi kepunyaan dia tanpa perlu merampas. Penantian die selama 2 tahun berbaloi. Akhirnya ktorg bersama, sehingga sekarang.

Die smmgnye romantis, memahami, hormat org tua, b’pelajaran, kacak (pd pandangan mata ak la) n etc. (kiranya ciri-ciri die adalah kacukan ciri-ciri idaman zmn kanak-kanak n zmn remaja ak ) tp…………….idaman utk memiliki lelaki tinggi yg ak idamkan seperti
*
*
*
ini,
terpaksa dipendamkan. kerana, kami sebenarnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
begini! hehe..

Ahaa..itu sbb knp ak nk lelaki tinggi :P Tp itu dlu, kini tidak lg! Sebab ketinggian bole di adjust ;) hehe..Apa sangatla dgn perbezaan ketinggian. Lagi pun orang tua-tua kata murah rezeki ;)

Ak mencintai die bukan kerana ciri-cirinya, tetapi sebab die adalah die. Any man can be tall, handsome, and romantic; just stand on a chair, turn off the light and lie. Kan? Tapi ak kenal sangat die. Bersama die selama 5 tahun cukup membuatkan die la lelaki idaman and merangkap cinta idaman ak. Susah senang ktorg lalui bersama..Memandangkan ktorg student, so life takla sehebat pasangan lain. Ktorg pernah kumpul duit syiling yg ada semata-mata utk beli mknn. Ktorg pernah makan maggi sama-sama. Kadang-kadang tu, nak topup pun susah. So,time-time mcm ni la duit syiling byk membantu! Hehe.

Sehebat mane pn org mengate, ktorg bagai langit dgn bumi ke, mahupun mcm adik dan kakak ke, yg penting perjuangan harus diteruskan. Kasih sayang ak kat die tak penah berhenti. (Kiranya ak ni pencinta tegar jgkla. hehe) Pada ak, cukupla sekadar  kami saling melengkapi. Ak sentiasa berdoa semoga hubungan ktorg akan berakhir dengan sesuatu yang baik dan diberkati serta berkekalan. Pengalaman pahit manis perjalanan percintaan bersama si die cukup membuatkan ini sebagai ‘My Dreams Love Story. 


Truthfully, love is warmth and protection that I felt when the first time I saw him; and it’s the best feeling I could ever have. Loving him is like fallin’ in love everyday!
And yes, this is what I dream of my love story..


P/S: Eventho ak ni degil (die yg selalu cakap ak degil), tp ak harap entri ni dapat menyatakan betapa bersyukurnya ak ade die. And I’m really hoping, entri ni berjaya ke pusingan akhir n seterusnya menang. Sebab..andai kata ktorg menang, ak assume ni hadiah untuk anniversary ktorg yg ke-3 yang jatuh pada 14 Februari 2011 ni. InsyaAllah.

Ha, ak da kte ak degil.


Friday, January 7, 2011

New Fear 2011!

Holla 2011!


This is my new fear of 2011 cuz its my very verfirst time writing a blog. in 2011? but y??? ok sng je, cuz ak nk msk contest by CST production and Linda Rahim! haha :D


Ok, good! Starter for today..
*
*
*




Bgn2 tdo, check fb..n tersergam megah CST production + LindaRahim buat competition “What’s Hot is Getting Hotter” dekat wall feed.  Apa lg, kerah keringat dgn kudrat yg ade utk tulis story. urgh!