Monday, January 10, 2011

My Dreams Love Story

Huaarrgghhhh!! Bangun2 tido, check fb..n tersergam megah CST Production + Lynda Rahim buat competition “What’s Hot is Getting Hotter” dekat news feed. Fuh! Gegel bce sebab excited. First of all, memang dream ak nak abadikan kisah cinta ak dalam video macam Cik Mawai & En Kunyit. Owh, romantis *shy-shy cat*


Owh ya, like this bebeh!
*
*
*
Tapi…masalahnye..ak sendiri tak pandai mengarang cerita! Selalunya org yg pndai mengarang adalah org yg pendiam tapi berimaginasi tinggi tak pun kurang berimaginasi tapi byk cakap. Tapi ak lain? Spesis kurang berimaginasi dan kurang bercakap. Dah la BM pun dapat D B..urgh, stress!




Tp apakan daya, utk mencapai angan-angan mak jenin, ak sanggup sahut cabaran Encik CST Production and Cik Lynda Rahim.J Utk contest ni, ak da pilih tajuk no.2, My Dreams Love Story.



baca sambil layan lagu ni :)


Cinta Idaman versi Golongan Kanak-kanak

Dari kecik, ak memang impikan lelaki yg tinggi, kacak, bergaya, berkualiti, bermutu..keunggulan. Lupe nk tambah satu lagi, anak putera raja, yg siap naik kuda! Hehe..Budak perempuan mana yg tak impikan lelaki yg ada ciri2 tu. Uh, ok, google2 jumpe satu picture yg btol2 menepati citarasa! Ouch!

 
Ok, lebih kurang cmni la *faint*

Bila da ade kualiti, gaya, mutu dan keunggulan, orgnye pn mestilah romantis, lembut budi bicara..sekali bicara, pompuan da cair. Sinar pandangan pun bole buat hati berkecamuk. *uhh..cair sekejap* Kiranya, zaman percintaan nak indah2 belaka haje. Tp itu dlu, zmn bdk hingusan..


Cinta Idaman versi Golongan Remaja

Bila da mningkat remaja, citarasa ada sikit berubah. This time nk yg budak nakal2 sikit, popular, tapi romantis, setia, hormat org tua dan memahami. Tapi, ak still nk yg tinggi (ye tinggi, sbb sy tinggi). Tapi time remaja, tak de sape plak yg nak. Semua calon2 yg dtg kurang ketinggian *sigh*


Namun, semua berubah bila ak meningkat dewasa. Bermula la satu kisah, masa tu tahun 2005, ak lanjutkan pelajaran di UTeM, Melaka.

First kuliah, ak pun masuk ngn segan silunye. Kelas tu mula2 agak bosan, senyap je. Dlm senyap2 kelas ak tu, tibe2 lecturer tanye, ‘Kelas kamu akan dapat pelajar baru dari Indonesia ye?’ ktorg smue terpinga2. Mane plak nak datang budak indon ni. Btw, that time UTeM@KUTKM tak popular sampai ke Indonesia lg. Therefore, pelajar semua fresh2 from Malaysia je.

Nak jadikan cite, besok paginye ‘budak indon’ ni pun masuk kelas. Tengok muke. Eh, ni betol2 indon mari ni? Ouh! Tak tahan tengok seluar kembang semangkuknya, and siap beg p shoppin’ yg tak tahan tu. Kalah pompuan! Mulut pulak, hamboiii, tak leh lawan cik kiah canang cite satu kampung. Tapi rupe-rupenye setelah disiasat, budak ni memang bukanla budak Indonesia. Budak Malaysia je. Lecturer dapat salah informasi. Adeh, spoil je.



Ni la budak yg khabarnya dari Indonesia tu. Aha, siap pakai topeng bagai..

Nak dijadikan cite, ak memang tak suke, benci sgt ngn die ni.  Annoy je memanjang. Unmatured. Dalam kelas sgtla bising sampai ganggu konsentrasi budak2 kelas. Die ni ak kategorikan budak Setan II la senang cite. Penahkan sampai lecturer menangis sebabkan perangai die je! Huh, mmg blaja tak berkat la gamaknya. Ktorg tak penah bercakap, even pandang die pn ak tak sudi! *tak sudi memandang, tidak mengapa…bg song – Jamal Abdillah*  Bile dgr suara die je dalam kelas tu, ak akan sure pandang belakang and jeling kat die. Ingat nak takutkan die, tapi boleh plak die tersengih cam kerang busuk. Tak makan saman orang tua-tua kata.

Tapi lain pulak citenye, beberapa hari berikutnya, ak jumpe die kat kedai makan. Die dgn kwn die. Ak terpandang. Trying not to look snobbish, ak pn tersenyum. Tersenyum?? Ah lantak, bkn die perasan kot!

Tak tamat smpi situ, die tibe-tibe berani pulak mintak number phone from a friend, Hariza Musa @ Aeiry.  Berani kau ye?! Ada hati. Tapi nasib baik, tak adela pulak die kacau2. Buat pekasam agaknye number tu. Hehe. Akhirnya, masuk semester ke 3, baru ak mula ckp ngn die. Tapi knp, knp?? After sekian lama? Sebab tiba-tiba ada pulak projek yg ak kene group ngn die. Urgh! Tension nk hadap muke die lg. But then, bile die mula ajak borak, ak ase die ni not bad gak. Kelakar! Ye, die mmg sgt kelakar. Die tak penah fail buat org gelak pun.



Ha, tak loya kelakar tgk gambar ni??

Persahabatan berlaku selama setahun lebih. Ak mmg anggap die tak lebih dari seorang kwn sebab that time ak sndiri da ade bf. Bile ada problem je, ak rujuk kat die. Ktorg akan bermesyuarah dan bermuafakat cari penyelesaian kpd masalah cinta ak ni. Dek kerana ketakmatangan die, ak slalu terfikir, cmne la die dgn gf die pulak. Dala pelawak, byk ckp plak tu. Kesian ak dgn gf die. But dalam hal selesaikan masalah negara, no doubt, die memang rasional dan matang.

Tup2, masuk tahun ke-3 ak kat U, ak putus cinta! Deng! Apa lg, ak rujuk la dgn si ‘budak indon’ ni iaitu merangkap Dr. Love ak jugak. Pum pang pum pang bercerita, ak pun ok. Ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di siang hari. 2 months later, die plak putus! Dipendekkan lagi cite, bile da dua-dua single, ktorg pun ape lg. Macam belangkas. Makan, lepak, shopping, jamming, karaoke mesti berdua! Sampaikan kdg-kdg org cakap ktorg couple! Dlm hati ak,  simpang malaikat 44. Yela, da elok2 planning ak nak cari laki idaman (ciri-ciri yg da dinyatakan di ats), takkan die pulak kan ciri-ciri yg bertentangan ngn ciri lelaki idaman ak? *ponder*


Cinta Idaman versi Golongan Dewasa

Nak dijadikan cite lagi, oleh kerana da selalu sgt berkepit, ak terjatuh hati kat die. Deng! Mula la berpikir. Ya Allah…ak nak laki idaman (seperti di atas), tapi…. Aha, itula dia kuasa Tuhan. Takde sape yg dapat menghalang. Tiba-tiba, satu mlm, ktorg bermesej2. And die ckp die suke ak! Yippie!! :D Sebab ak pun suke die. Ouch! *blushing* ehehe. Rupenye, selama ni die memendam perasaan kat ak. Selalu curi-curi pandang ak waktu kuliah. The first time ktorg jumpe kat kdai makan tu pun, die da suke sangat. Dan paling buat ak tak tahan, perangai annoying die dalam kelas, rupenya sebab nak tarik perhatian ak. (Strategi yg kurang berjaya pada mulanya). Walaupun die tau ak da berpunya, die tak pernah berniat untuk merampas ak waktu tu. Cumanya die percaya, that one day, if die bersabar menunggu dan ada jodoh, ak akan tetap menjadi kepunyaan dia tanpa perlu merampas. Penantian die selama 2 tahun berbaloi. Akhirnya ktorg bersama, sehingga sekarang.

Die smmgnye romantis, memahami, hormat org tua, b’pelajaran, kacak (pd pandangan mata ak la) n etc. (kiranya ciri-ciri die adalah kacukan ciri-ciri idaman zmn kanak-kanak n zmn remaja ak ) tp…………….idaman utk memiliki lelaki tinggi yg ak idamkan seperti
*
*
*
ini,
terpaksa dipendamkan. kerana, kami sebenarnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
begini! hehe..

Ahaa..itu sbb knp ak nk lelaki tinggi :P Tp itu dlu, kini tidak lg! Sebab ketinggian bole di adjust ;) hehe..Apa sangatla dgn perbezaan ketinggian. Lagi pun orang tua-tua kata murah rezeki ;)

Ak mencintai die bukan kerana ciri-cirinya, tetapi sebab die adalah die. Any man can be tall, handsome, and romantic; just stand on a chair, turn off the light and lie. Kan? Tapi ak kenal sangat die. Bersama die selama 5 tahun cukup membuatkan die la lelaki idaman and merangkap cinta idaman ak. Susah senang ktorg lalui bersama..Memandangkan ktorg student, so life takla sehebat pasangan lain. Ktorg pernah kumpul duit syiling yg ada semata-mata utk beli mknn. Ktorg pernah makan maggi sama-sama. Kadang-kadang tu, nak topup pun susah. So,time-time mcm ni la duit syiling byk membantu! Hehe.

Sehebat mane pn org mengate, ktorg bagai langit dgn bumi ke, mahupun mcm adik dan kakak ke, yg penting perjuangan harus diteruskan. Kasih sayang ak kat die tak penah berhenti. (Kiranya ak ni pencinta tegar jgkla. hehe) Pada ak, cukupla sekadar  kami saling melengkapi. Ak sentiasa berdoa semoga hubungan ktorg akan berakhir dengan sesuatu yang baik dan diberkati serta berkekalan. Pengalaman pahit manis perjalanan percintaan bersama si die cukup membuatkan ini sebagai ‘My Dreams Love Story. 


Truthfully, love is warmth and protection that I felt when the first time I saw him; and it’s the best feeling I could ever have. Loving him is like fallin’ in love everyday!
And yes, this is what I dream of my love story..


P/S: Eventho ak ni degil (die yg selalu cakap ak degil), tp ak harap entri ni dapat menyatakan betapa bersyukurnya ak ade die. And I’m really hoping, entri ni berjaya ke pusingan akhir n seterusnya menang. Sebab..andai kata ktorg menang, ak assume ni hadiah untuk anniversary ktorg yg ke-3 yang jatuh pada 14 Februari 2011 ni. InsyaAllah.

Ha, ak da kte ak degil.


13 comments:

skieyn said...

wish you n hubby a long last relationship..

good luck

What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Mawar misswateva said...

ehem..ehem..gudluck azy.nk mntak tlg promote tak?takpe nt mawai promote k!=)

Azie said...

mawaiiiiiii!! ahahaha :D :D :D

segannyee..hehe. xde, ni sj2 try test pasar :P
azi da bce all the rest pnye stories, cm xde harapan je even b'kempen. *sigh* :(

tp xpela, mwi promote jela ;) hehe. thnk u :*

shuhadah Zainol said...

Azie, gud luck dear..:)

Azie said...

Thank u @Shu Shinju :)Good luck to u too. My vote is wit u :)

sniffa93_aznil4eva said...

goodluck sis.. hee

Asyik Izas said...

dah vote..jom lepak blog asyik..

Kayzer said...

hehehe..adei..klakar la cite ko..nice one.. :D

Yazid Jaffar said...

wahh!
gilakk la ko fufu~
ngaa~
:D

Anonymous said...

dear, i will help u to "LIKE" =)

Unknown said...

I read yours before voting started.
Now I am here again, supporting fellow participants. Voted for you :)

Hope to see you reading mine (#40) and like them as well :) http://cstproduction.blogspot.com/

Fatihah said...

sweet!!!
X)

Dee Dee said...

wahduh wahduh!

SUNGGUH SWEET!

kehehkehekhekhekhekhe