Saturday, January 15, 2011

Di Saat Kau Tiada Lagi...

Entri kali ni is rentetan dari cerita mimpi ak pg tadi..Dalam keadaan yg separa sedar, antara mimpi dan realiti..ak tgh menangis! Dalam mimpi tu, ak kat kampung bersama semua ahli keluarga ak. Mak, abah, abang, kakak, adik lelaki ak dan...seorang budak kecik yg tgh terlantar di atas katil. Ak pelik, budak kecik yg tgh terlantar tu seakan nazak. ak manghampiri die, Subhanallah...adik bongsu ak!** ak terkejut. ak terkejut bkn pelik die ada dlm mimpi, tp ak terkejut knp die terlantar sakit? muka die..Subhanallah..sayu. die merenung ak. dan ak merenung die. dari mata die, ak faham yg die terseksa menahan kesakitan. Dalam hati ak, ak berdoa semoga die cepat di sembuhkan! 
Ya Allah, jikalau benar Engkau sedang mendengar doaku, ak sbg insan kerdil dengan rendah diri memohon kpd-Mu supaya sembuhkanlah penyakit adikku ya Allah. Ak benar2 menyayanginya ya Allah. Tapi andai benar Engkau lebih menyayanginya, maka Engkau ambil la dia. Ak tidak sanggup melihat dirinye terseksa ya Allah.
Jauh di sudut ati utk merelakan die pergi. Btw, cerita masih berkisar di kampung. ak n all d family members tgh b'siap2 utk blk Shah Alam, dgn niat nak hantar adik ke hospital. Dlm perjalanan, adik semakin nazak. sempat ak melihat matanya, seperti ingin menyampaikan sesuatu. Apa dia adik? Hati ak berbisik. Tibe-tiba, dengan tenang, satu tarikan nafas yg dalam, adik menghembuhkan nafasnya yang terakhir...Innalillah..adik ak da pergi! Dia da tak de! Subhanallah, hati ak menjerit menangis.
Eventually, ak bangun dr tido, and perasan yg ak sebenarnya tgh menangis tersedu-sedan. Dan realitinya, adik ak memang sudah tak de lg di dunia. 
Al-Fatihah buat arwah adik, Nurul Alia Bt Rashid yg sudah hampir genap 4 tahun pemergiannya. Eventho sedih tak terkata, tapi ak redha. Kerana adik telah di janjikan ditempat yg tertinggi di sisi Allah swt. InsyaAllah.

**adik bongsu : Nurul Alia Bt Rashid ialah adik bongsu kepada psgn Rashid Hussain (Abah) and Hafsah Bt Abdullah (Mak).

Cerita Di Sebalik Tabir: Masa ak tgh buat entri ni, ak still lg menangis, dek teringatkan arwah adik. Sayu je ase bile bukak cite psl die. Hmmmm...

P/S: For the next entry (InsyaAllah if ak ada masa xtra utk meng-blog) ak akn cerita kan kat korg sejarah kehidupan ak bersama arwah adik. Sejarah ini merupakan sejarah hitam pada ak, yg sampai skg ak sendiri tak bole lupakan. And even worst, ak tak bole maafkan diri ak sendiri!

Arwah adik dgn anak buah die, Alif Hail


No comments: